Langsir bukan Langsuir...



Salam...

Dah lama dah Abe tak 'Update' QueReka... So, bila berkesempatan hari ni, Abe terpikir untuk cerita sikit je lah pasal Langsir... Jgn salah paham ye, bukan pasal Langsuir yeeeee... Ianya pasal Langsir je...

Pemilihan Langsir untuk kediaman ni boleh dibuat berdasarkan Kreativiti pemilik kediaman itu sendiri... Untuk menjadikan sesebuah kediaman atau ruang itu tampak lebih luas, pemilihan Langsir haruslah daripada penggunaan Fabrik yang cerah...

Walauapapun, pemilihan warna-warna yang terang bagi Langsir ini juga kadang2 boleh membangkitkan SERI sesuatu ruangan... 'Trend' sekarang ni, biasanya warna2 garang & terang mengambil tempat di hati pengguna... Apa2pun, semuanya terletak di atas selera masing2... Di rumah Abe ni, Abe pilih warna Hitam&Silver sebab ianya menepati tema rumah Abe, Urban Contemporary...

Published with Blogger-droid v2.0.6
Read more »

Karpet untuk kediaman...


Salam...

Di pagi Hari Sabtu yang tenang ni, Abe terpikir pulak untuk berkongsi pasal 'Karpet'... Bukan pasal Bangla yang jual karpet ye, hehhehehhe... Cuma semata-mata pasal karpet kat umah Abe ni... Yang Abe telah beli...
Gambar kat atas ni merupakan salan satu daripada karpet2 yang ada kat umah Abe... Simple je entri ni, Abe cuma nak gtau yang pemilihan karpet haruslah sebolehnya warnanya adalah mengikut tema perabot @ warna dinding...

Kalaulah sekiranya, misalannyalah: tema perabot warna coklat hazel, tetiba pulak terBelilah karpet kaler Pink+ijau terang,,, huhuhuhu... Huruhara lah jadinya, hehhehehhe... So, bijaklah + kreatiflah ye dalam memilih karpet sebelum korang Beli... Gud luck :-)

Published with Blogger-droid v2.0.6
Read more »

Kreatif olah Bingkai Gambar


Bingkai Gambar @ nama glamornya 'Frames' biasanya orang akan gantungkan pada dinding... Lain pulak pada Abe... Bagi Abe, Frame ni tidak terhad untuk digantungkan pada dinding semata-mata... Kalau zaman dulu-duluan, pelik bagi orang yang bertandang ke rumah kita jikamereka lihat ada Bingkai Gambar yang tidak digantungkan...

Tapi sekarang, atas 'creativity', banyak Frames sekarang ni, cuma hanya diletakkan & disusun di atas lantai je... Dekat umah Abe ni, ada Frames yang Abe gantungkan dan ada jgak Frames yang Abeletakkan hanya Atas Lantai...

Ingat pesan Abe:bila kreativiti ada, ILHAM tu akan datang sendiri... Selamat Mencuba...
Published with Blogger-droid v2.0.6
Read more »

Sentuhan Kreatif II

Salam

Biar gambar sahaja yang berbicara... Cuma Abe nak kongsi kat sini, Abe cukup puas hati dengan sentuhan Kreatif II ni... Alhamdulillah


Read more »

Bangku Rehat...


Salam.

Awal-awal petang segini, syok la jugak kalu dapat pekena Air Kelapa Muda... Pergh, mantap... (mood: istigfar sambil telan air liur). Entri Abe kali ni takde kena mengena langsung dengan Air Kelapa Muda tau, hhhehhe... Apa yang Abe nak kongsi kat sini cuma tentang Kerusi/Bangku Rehat je...

Macam umah Abe skarang ni (appartment), takde tempatlah untuk Abe nak beli dan tempatkan kerusi/bangku rehat ni... Yer lah, laman pun takde kan... Kan... Kan... Kan... Tapi pada rumah yang punyai laman, maksud Abe 'space' (tak luas pun takpe), salah satu aksesori yang kemestiannya patut ada ialah Kerusi/Bangku Rehat ini... Tujuannya mudah je, untuk jadikan tempat santai minum-minum kopi waktu petang... Sekaligus ia akan bertindak umpama tempat tenangkan fikiran... Setuju tak dengan Abe...

Gambar kat atas ni Abe 'snap' tadi masa 'bekpes'. Ni salah satu contoh kerusi/bangku rehat yang Menarik... Sesuai bebenor nak wat tempat lepak minum kopi.... Hheehehehh

Published with Blogger-droid v2.0.4
Read more »

Sinki...


Sinki? Ada banyak jenis sinki untuk pilihan... Gambar yang Abe letak kat atas ni cuma contoh salah satu je... Zaman sekarang ni, biasanya orang ikut tema warna umah. Dari segi harga, terpulang pada bajet masing-masing... Bergantung kepada kesesuaian & kemampuan...

Published with Blogger-droid v2.0.4
Read more »

Lampu Chandelier Dari Kadbod...


Salam.
Tengah google-google Abe tertengok pulak sejenis Lampu ni, comey... Tapi Abe duk di Appartment, tak sesuai nak guna lampu segini. Lagipun Abe tak minat pun... nanti kalau duk di rumah sendiri, mungkin Abe akan minat jugak kot kalau Mem Besaq minat, hehehhehe...
 
Lampu Chandelier yang diberi nama KARTONKLUNKER ini bukan sahaja dibuat dari bahan yang rasanya tidak pernah dibuat orang lagi iaitu kadbod, tetapi juga untuk memasangnya tidak diperlukan gam, skru dan seumpamanya.

Sangat ringan, maka ringanlah beban membayar kos penghantaran. Dibungkus dalam kotak, dibuka dan pasang sendiri untuk dijadikan sebagai lampu Chandelier.
Lampu chandelier kadbod ini direkabentuk oleh Rainer & Tobiad Kyburz dan dikeluarkan dari Basel, Switzerland. Nak maklumat lebih, korang kena Google sendiri. takpun gi je kat Youtube, taip nama KARTONKLUNKER, macam-macam jenis boleh tengok...
Read more »

Bilik Menunggu Yang Simple...


Salam.

Lama dah Abe tak sempat buat entri kat QueReka ni... Pepagi ni, kebetulan Abe tak lelap tido, sesaje je Abe wat entri ni...

Bilik Menunggu? Korang tau tak, sesebuah bilik menunggu, walaupun hanya bilik untuk menunggu, pada Abe tak seharusnyalah ia jadi seSimple ni... Gambar dj atas ni Abe rakan di sebuah lokasi di............. (takyah la citer kat mana)

Simple sesangat... Pada Abelah, walaupun sesebuah Bilik tu hanya Bilik untuk menunggu, kenalah ceria sikit... Yang ni malap je... Boleh muak ni kalu menunggu, huhuhuhu

Published with Blogger-droid v2.0.4
Read more »

Pasu...



Abe memang tak suka bunga... Pokok bunga ke, Pasu  bunga ke, seumpamanya dengan bunga... Huhuhuh

Tapi Abe tak tahu kenapa, umah Abe ni boleh masuk Pokok Bunga... Dengan pasu-pasu sekali pulak tu, huhuhuhu... Semua ni bermula sebab sorang Sahabat Abe, Ammar telah belikan Abe Lukisan Buluh Cina dari Beijing... Pastu, bila Abe ke 'shopping centre' ngn ank sedara Abe, terpandanglah pulak kat Buluh-buluh cina yang dijual... Kalau tak silap Abe lah, 'time' tu dekat Chinese New Year... Tak semena-mena, Abe TerBeli... Huhuhuhu... Kelik kat umah, terus Abe letak dalam bekas kaca yang Abe memang dah beli kat IKEA... Dulu saje-saje je Abe beli bekas tu... Maka hasilnya, jeng jeng jeng, gambar di atas...

Seperkara lagi, pada suatu hari. Abe adalah gi ke umah salah sorang kawan Abe dekat Klang... Umahnya umah teres 'dabelstori'... Abe terNganga jugaklah tengok umahnya, seperti kebun bunga... Penuh dengan Pokok... Katanya, tu hasil karya tangan Isterinya... Pastu pulak dia ada cerita, itu jugak pendapatan sampingan Isterinya... Abe cuma senyum je... Kat umahnya, Abe dipelawa Air Sirap Selasih... 'pergh' sedappppppp...

Tengah asyik borak, tetiba lak Isterinya meng'offer' Abe sepasu Pokok untuk Abe bawak balik... Abe menolak sb Abe cakap Abe duk di Appartment, takde tanah... Pastu pulak Abe siap cakap lagi, umah Abe takde beranda. So, takde la tempat untuk letak Pasu Bunga... Isterinya senyum jah, pastu dia ckp, Abe: ado lah Pokok yang hanya boleh tanam dalam pasu, letak dalam umah...

Huhuhu, dalam hati Abe: kena amik la jugak nampak gayanya sepasu jugak ni, huhuhuhu. Abis daya dah nak mengelak tapi tak berjaya... Akhirnya, kat atas tu dalam pasu hitam tu, Pokok Sepasu itupun baliklah ke rumah Abe... Kat umah, Abe letak pokok tu sebelah Itcha (si Arowana) kesayangan Abe...

Published with Blogger-droid v2.0.4
Read more »

Sentuhan Kreatif

Salam.

Dekorasi ni pada Abe ialah satu Karya Seni... Karya Seni ni akan jadi bila Ilham tu ada... Kadang-kadang, ilham tu datang sendiri... Kadang-kadang jugak, ilham tu akan mari hasil daripada perbincangan antara 2 @ 3 pihak...

Nak 'deco' ni senang je... Yang payahnya ialah bila nak 'Maintain' hasilnya tu... Ia perlu pengorbanan & kerajinan... Abe takde tips dalam Seni Deco ni... Cuma pengalaman yang Abe ada, gunakan Kreativiti sebaik mungkin... Hasilnya nanti, InsyaAllah 'Seni' yang teramat Menenangkan Jiwa...

Published with Blogger-droid v2.0.4
Read more »

Bila Lilin Aromaterapi bertugas...


Suasana malam hari bila Lilin Aromaterapi berfungsi... Bau lilin, 'pergh' tenang menusuk sanubari... Rasa relaks sangat bila menonton TV saat Lilin jalankan 'tugasnya'...

Feel woooooo, tenang setenang-tenangnya... Kalu tak caya, acu try beli... Memang menusuk kalbu...

*Abe beli kat IKEA je lilin tu, murah je...

Published with Blogger-droid v2.0.4
Read more »

Sentuhan Pua Kumbu...

Salam.

Masa kat Sarawak, Abe adalah beli Pua Kumbu lebih sikit... Mulanya ingat nak buat la pelapik meja... Bila dah sampai rumah, rupa-rupanya meja cuma ada 2 je, hehehhe. Pastu taktahulah nk wat apa, maka terhasilnya hasil ini. Selamat mencuba...
Published with Blogger-droid v2.0.4
Read more »

episod QueReka bermula...


Salam.


Abe baru 'create' QueReka semata-mata untuk Abe kongsikan Hasil Kreativiti Abe yang tak seberapa ni... Harap semua suka ya... hehehehee
Read more »

Post Terbaik QueReka Minggu Ini

hit counter

Search Blog QueReka

 

Copyright © 2010 Que Achmad meReka, All Rights Reserved. Design by DZignine