10 TIPS Hiasan Dalaman Rumah | [EKSKLUSIF] 15 Gambar Menarik

10 TIPS Hiasan Dalaman Rumah | [EKSKLUSIF] 15 Gambar Menarik | CikMa nak kongsi gambar dan tips rekaan dalaman rumah yang eksklusif.


Ada perkara-perkara yang perlu dielakkan ketika menghias rumah anda.

1. Buat pilihan sendiri

Rumah anda ruang peribadi anda. Jangan benarkan orang lain menentukan apa yang patut anda lakukan pada rumah anda.


2. Elak mengecat dulu

Sebaliknya buat pilihan fabrik, permaidani dan sarung kusyen sebelum memikirkan warna cat.


3. Jangan pilih cat dari kertas contoh

Sebaliknya, beli setin kecil warna pilihan untuk dicuba di rumah. Cat sebahagian kecil dinding bagi mendapatkan kesan warna itu dalam persekitaran cahaya semula jadi atau sapukan pada kadbod. Kemudian acukan di dinding untuk melihat keserasiannya dengan persekitaran.


4. Jangan pilih warna dalam kedai

Elak beli fabrik, kemasan lantai atau cat di kedai pertama anda kunjungi. Minta saja contoh warna cat, permaidani atau fabrik untuk dibawa pulang. Lihat kesan dan perbezaan warnanya dalam cahaya semula jadi dan di bawah sinaran lampu pada waktu petang.


5. Jangan abaikan psikologi warna

Warna mempengaruhi sikap dan emosi. Pilih skim warna sepadan suasana ruang yang mahu digarapkan. Misalnya bilik permainan atau ruang keluarga, rona terang lebih serasi dipadankan kerana menepati keperluan dan aktiviti ruang itu.


6. Elak dekorasi paksa

Jangan paksa wujud skim warna atau lebih tepat lagi usah ‘paksa’ menyatukan perhiasan. Disebabkan anda mempunyai sofa merah, tidak bermakna langsir berjalur merah boleh dipadankan dengannya. Buat pilihan kumpulan warna dengan mengenalpasti perhiasan utama dalam ruang itu.


7. Jangan abaikan titik fokal ruang. 

Bukan semua bilik mempunyai titik fokal, tetapi sekiranya ada, biar ia menyerlah. Misalnya meja konsul, dinding berkemasan batu bata merah atau hiasan dinding. Apa yang perlu dilakukan ialah susun karya dan perabot berhampiran unsur utama ini.


8. Jangan biarkan perabot disusun rapat ke dinding. 

Hindari susun kerusi, sofa dan meja di sekeliling ruang melainkan tiada pilihan. Susun berkelompok di tengah ruang bagi memudahkan aktiviti berbual.


9. Elak bina sekatan.

Jangan letak kerusi di depan pintu atau meja di kawasan laluan utama. Ia mengganggu kelancaran laluan, sebaiknya pastikan laluan itu mudah diakses.


10. Jangan beli kerana murah. 

Sebaliknya teliti mutu pembuatan, perincian atau rekaannya sama ada masih elok atau tidak.

Read more »

Bantal Hiasan BERWARNA | AKSESORI DI DALAM RUMAH

  • 19:23
  • 4 comments

Bantal Hiasan BERWARNA | AKSESORI DI DALAM RUMAH | Salam... Lama sungguh Abe xupdate apa2 entri dalam QueReka ni... Entahlah, mungkin sebab busy sangat kot, huhuhuhu...

Harini Abe nak cerita sikit pasal Bantal Hiasan. Dalam entri Abe sebelum ni, Abe ada pernah buat entri berkenaan Bantal ni... Tapi kali ni, bantal2 kat Rumah Abe ni dah diPAKAIKAN sarung dah... Dah BERWARNA... Cantik tak?

Sedikit tips: Jika korang nak dapatkan sarung bantal yang sesuai untuk rumah korang, PASTIKAN korang cari & PILIH Warna yang sesuai dengan warna AKSESORI yang ada di dalam rumah korang... JANGAN PILIH warna yang kontra jauh beza dengan AKSESORI lain yang ada di dalam rumah korang... Nanti korang akan SAKIT MATA bila tengok bantal2 tu kalau korang SALAH PILIH WARNA....

Selamat BerBANTAL :)

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more »

POTPOURI | Aroma Terapi Penenang Suasana

  • 20:18
  • 2 comments

POTPOURI | Aroma Terapi Penenang Suasana | Lama benar dah Abe xmenulis dalam QueReka ni... Yelah, sekarang status Abe pun sudah berubah, hehehhehe. Abe BUKAN BUJANG DAHHHHHHHH!!! YAHOOOOOO

Suka hati nampak? Hehehehheeh, MESTILAH... Sape lah yang xsuka bila dapat SURIHATI yang CANTIK... Betul tak? Hehhehe...

Pandai masak pulak tu... Bertuah betul Abe, Alhamdulillah... Syukur padaMu Ya Allah... Berbalik kepada cerita asal, pasal Potpouri, Abe memang sukakan bauan yang Harum. Thats Why umah Abe, terdapat beberapa longgok Potpouri. Saje je Abe letakkan 'MEREKA' terdedah... Sebab apa ek? Sebabnya.... Untuk senang Abe hirup bauan 'MEREKA'! hehehhe...

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more »

Wow!!! Fridge Magnet Baru

  • 16:07
  • 1 comments

Salam. Rini suka sgt Abe sb Abe dah menang FM dr contest www.eqbalzack.com. Ley tambah koleksi wooooooo... Tu jela yg Abe nak tulis setelah sekian lama... Bubye...
Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more »

Frame Ilmiah HARUS Ada...

  • 00:01
  • 1 comments

Korang igt tak entri Abe sebelum ni pasal Frame? Seingat Abe, ada dua entri Abe sebelum ni tulis pasal frame... Korang tgk sendiri lah ye. Kali ni Abe nak HIGHLIGHTKAN pulak pasal Frame Ilmiah... Korang Hadoooooo?

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more »

TUPPERWARE? Apakah Itu?

  • 16:05
  • 4 comments



Mulanya, kalaulah sebut je pasal Tupperware, 1st sekali dalam kepala Abe, mesti ia pasal bekas2 plastik. Tak lain xbukan, xde benda lain daaaaaa...
Betul la, Tupperware ni hanya bekas2 bekas plastik semata-mata. TAPI... Bukan bekas2 plastik sembarangan tau... Kualiti Produk TUPPERWARE ni memang kita tak perlu sangkal lagi, mmg TERKELAS. Abe di'KENAL'kan dengan Produk Tupperware oleh Memi Alfian (OPISmate Abe). & setakat ni, KOLEKSI TUPPERWARE yang Abe ada CUMAlah Eco Bottle je... Koleksi2 lain, coming soon kot, hehehhehe
Sapalah agak2 ek yang mau sponsor? Hehhehehe
Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more »

Post Terbaik QueReka Minggu Ini

hit counter

Search Blog QueReka

 

Copyright © 2010 Que Achmad meReka, All Rights Reserved. Design by DZignine